Kelas Keusahawanan – SejaTi MADANI

27 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mac 2024, Selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan – SejaTi MADANI yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang dan telah dijalankan melalui grup Whatsapp Usahawan NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang peserta.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah pengenalan dan objektif kepada Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) kepada semua usahawan. SejaTi MADANI ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Tujuan SejaTi MADANI ini adalah untuk meningkatkan pendapatan setempat dan menyalurkan geran kepada komuniti setempat untuk memulakan perniagaan dalam lima (5) sektor tumpuan yang telah ditetapkan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti dan yang terakhir ialah aktiviti hijau dan kitar semula.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam meningkatkan ilmu keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali